BEKERJA SAMBIL MELANCONG KE SELURUH DUNIA

Ingin kerja sendiri? Bebas tanpa duduk seharian di pejabat? Siapkan diri dengan 5 cara ini supaya anda boleh bekerja sambil menjelajah dunia

CARA BERMAIN SAHAM SAMBIL MENJELAJAH DUNIA

Ramai orang mempunyai impian untuk melancong ke seluruh dunia. Namun, kekangan masa dan wang tidak membenarkan mereka untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi jika bekerja makan gaji yang memaksa kita untuk di pejabat seharian. Apabila melihat ada orang yang boleh melancong ke seluruh dunia atau meluangkan beberapa bulan di luar negara, hati kita pun berdetik. Apa pekerjaan mereka? Bagaimana mereka menanggung semua perbelanjaan tersebut? Ini salah satu caranya – sebahagian daripada mereka memilih untuk bermain saham sambil melancong. Berdagang atau bermain saham boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda ada komputer riba atau telefon pintar atau tablet dan beberapa perkara di bawah. Selesai membaca ini, anda bolehlah memulakan dagangan saham bersama FXTM dan bersiap untuk melancong!
Seseorang berlibur di pantai sambil main laptop

Baca:  Dampak Psikologi orang tua yang mengalah

Membuat persiapan sebagai pedagang

Berdagang sambil melancong memang menyeronokkan. Namun, sebelum anda bertolak, sila pastikan yang anda sudah pun mahir dalam dagangan harian. Ini bagi memastikan yang anda tidak panik sekiranya berlaku sesuatu dalam pasaran atau mengalami kerugian besar semasa sedang melancong. Ingat, melancong tidak sepatutnya mendatangkan tekanan kepada anda.

Oleh itu, anda perlu belajar dari sekarang dan teruskan belajar. Gunakan semua ruang yang ada untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu. Latih diri dengan membuka akaun walaupun anda bermula dengan akaun percubaan. Kemudian biasakan diri menganalisis carta, berita-berita semasa, dan sebagainya untuk membuat keputusan pelaburan.

Apabila kemahiran anda semakin berkembang, maka anda sudah selesa dengan beberapa keuntungan dan faham selok-belok pasaran, maka bolehlah anda mula melancong. Mungkin boleh cuba dengan melancong dalam negara terlebih dahulu untuk percutian jangka pendek. Kemudian disusuli dengan siri percutian yang lain sehingga anda rasa ok.

Internet laju

Pedagang memerlukan sekurang-kurangnya 5 Mbps untuk berdagang dengan selesa. Satelit dan 3G bukanlah kelajuan yang patut. Di sesetengah lokasi di dunia, anda boleh mendapatkan kelajuan yang lebih daripada itu. Negara seperti Australia dan Perancis dikatakan mempunyai internet yang sangat laju bagi pedagang yang sudah biasa melancong sambil melakukan dagangan. Manakala sesetengah negara lain seperti di Asia Tenggara masih perlahan. Jadi anda perlu bersiap sedia dengan semua ini.

Oleh itu, semasa anda mencari tempat untuk melancong, pastikan anda turut memeriksa kadar kelajuan internet di lokasi yang anda ingin pergi. Tanya kepada orang tempatan atau pemilik hotel semasa sebelum anda membuat tempahan. Buat kajian anda sendiri mengenai tempat-tempat tersebut. Pastikan masalah internet tidak mengganggu percutian anda.

Baca:  Tips mengatasi Lupa

Gunakan VPS dan VPN

VPS atau Virtual Private Server amat diperlukan bagi mereka yang kerap menukar peranti atau menggunakan rangkaian awam. Ia boleh mengelakkan anda daripada gangguan hujan, ranap sistem, dan penggodaman.

VPN atau Virtual Private Network pula akan menyulitkan sambungan anda supaya data anda terselamat daripada dicuri oleh sesiapa. Ini kerana rangkaian Wi-Fi yang percuma tidak boleh mudah dipercayai selain mudah digodam walaupun ia mempunyai sistem yang melindungi kata laluan.

Kedudukan Tutup Buka

Melancong bermakna anda akan kerap bertukar lokasi. Anda akan pergi banyak tempat. Pada waktu perpindahan lokasi ini, anda dinasihatkan untuk tidak berada dalam keudukan buka (open position). Jangan lupa yang anda sedang melancong. Maka, usah terlalu pening kepala mengenai pasaran saham.

Ambil ruang untuk bercuti dengan bercuti. Relaks dan hanya lakukan dagangan semasa anda menetap di suatu tempat dalam tempoh yang agak lama. Atau mungkin semasa anda duduk berehat sambil makan atau minum di kedai kopi.

Tidak perlu bawa banyak barang elektronik

Anda pasti membayangkan yang anda perlu membawa komputer, tablet dan telefon pintar untuk melakukan dagangan semasa sedang melancong. Sebaliknya, anda hanya perlu membawa satu peranti dengan platform MetaTrader, misalnya, sahaja untuk melakukan semua urusan perdagangan. Ini kerana semua alatan untuk anda memantau perkembangan pasaran berada di dalam peranti tersebut.

Walaupun begitu, jika anda mahu membawa komputer riba anda, ia tetap tidak menjadi masalah.

Bermain saham atau berdagang adalah salah satu cara untuk anda bekerja sendiri. Ia satu langkah membebaskan diri daripada kerja biasa 8 pagi hingga 5 petang. Walaupun bukan untuk semua orang, namun ia tetap satu alternatif bagi mereka yang mahukan suasana yang berbeza. Apa yang penting adalah anda mempersiapkan diri dengan ilmu dan terus memahirkan diri dalam apa jua yang anda lakukan. Suatu hari nanti anda pasti akan dapat mencapai impian sebagaimana orang lain – bercuti di tempat percutian impian anda sambil melakukan kerja yang anda sukai.

Baca:  Membangun sukses melalui delapan sikap profesional

 

 

 

Bagikan artikel ini
Redaksi
Redaksi

We provide information, news, articles, opinion, and tutorial that not only inspire you, but also encourage yu to contribute in building Indonesian inclusive society.

Articles: 72

Leave a Reply